1. Menyegerakan berbuka puasa
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air
Di dalam hadis dari pada Anas katanya:
“Bahwa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab (buah kurma yang sudah tua), maka dengan beberapa biji tamar (buah kurma), dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.” (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi)
3. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib (sekiranya makanan belum dihidangkan)
“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
4. Berbuka Puasa Secara Sederhana
“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
5. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.
“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, yaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.
//sumber
0 komentar:
Posting Komentar